05 May 2011

Lipstik Mood Magic


Anda bosan nak pilih lipstik apa setiap hari ? Ada sesetengah lipstik buatkan bibir jadi lebih kering selepas memakainya. Hey ! Ada juga yang buatkan bibir jadi hitam. Trust me, saya adalah mangsa lipstik yang merosakkan bibir saya.

Itulah, masa kecil-kecil gatal tibai lipstik mak, tibai lipstik makcik. Kan dah rosak. Padan muka, kan ? He he he.

Okaylah, sekarang ni saya cuma pakai Lipstik Aloe Vera yang ikut warna darah. Sangat lembut dan melembapkan bibir. Lipstik ni diperkenalkan oleh pelakon Aida Khalida kepada saya. Masa Kak Aida pergi shooting dulu, dia ada minta saya beli dan poskan lipstik ni pada dia. Lipstik Aloe Vera ni boleh dibeli di Plaza Alam Sentral. Saya suka pakai sebab bila pakai, bibir jadi ala-ala pink.

Selain dari itu, Lipstik Mood Magic juga best. Keluaran Nutrimetics. Harganya sangat murah - tak sampai RM 15 rasanya.


Oh, bagaimana nak bergaya dengan lipstik berwarna sendiri ini ? Biasanya selepas memakai lipstik ini, saya akan calit lipglass MAC. Bila digabungkan, warnanya akan jadi lebih cantik. Anda boleh mix and match lipstik dan lipgloss berlainan warna untuk menghasilkan bibir yang lebih segar dan menawan.


Saya adalah pengguna setia Lipglass ini. Yang ketiga dari kiri.

Lipstik ikut warna darah ni ada kelebihannya tau - bila saya nak period ( 1minggu sebelum period ), warna bibir akan jadi merah pekat/terang berbanding biasa selepas pakai. Sebab suhu badan kita bertambah panas kot. Jadi, selalunya saya akan lebih bersedia untuk menghadapi bulan mengambang dengan tenang ! :)

Kesimpulannya, Lipstik ikut warna darah + Lipglass/lipgloss = simple dan menawan ! :)

ORDER FORM

Nama :
Email :
Alamat Penghantaran ( berserta Poskod )
Telephone :
Pilihan Produk / Kuantiti ( eg : 1. Syampu BSY / 10 peket 2. Magicryst Deodoran / 5btl 3. 4. )
Cara Pembayaran Maybank Robbaniah Husin - 164472241702
CIMB Robbaniah Husin - 1436 0070 804 528
Nama Bank :
Butir Bayaran ( Tarikh / Masa / Jumlah RM )
Copy paste transaksi internet bank anda disini.
Pesanan anda (jika ada)
Saya mahu penghantaran di buat melalui : Pos/Poslaju (1-3hari )
ABX Courier ( 1-3 hari )
Despatch ( KL Sahaja )

Form provided by Freedback.